NUS Ambil Tindakan Disiplin Terhadap Blogger Seks - Berita Semasa | mStar

NUS Ambil Tindakan Disiplin Terhadap Blogger Seks

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: National University of Singapore (NUS) telah memutuskan bahawa tindakan blogger seks Alvin Tan adalah tidak patut yang menjejaskan reputasi universiti dan telah memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin terhadapnya.

Bagaimanapun, universiti itu tidak menjelaskan secara terperinci apakah tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Tan.

Dalam satu jawapan bertulis, seorang jurucakap NUS berkata, lembaga disiplin telah mempertimbangkan kesalahan serius itu bagi membolehkan hukuman lebih ringan untuk Tan, 23, dalam pendengaran pada 31 Oktober.

“Lembaga telah memutuskan bahawa tindakan Tan sesuatu yang tidak patut yang menjejaskan reputasi dan maruah universiti.

“Kami telah memaklumkannya mengenai keputusan lembaga,” kata jurucakap itu, yang enggan menjelaskan secara terperinci apakah bentuk tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Tan.

Cubaan untuk menghubungi Tan tidak berjaya, apabila dia tidak menjawab panggilan, mesej termasuk mesej di Facebook.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan