Nik Aziz Patut Berani Nyatakan Kebenaran - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya berani menyatakan kebenaran apabila terdapat kalangan pemimpin pakatan pembangkang membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan prinsip perjuangan PAS.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak sepatutnya mengenepikan soal kebenaran terutama yang melibatkan agama Islam demi kepentingan politik.

"Oleh kerana dia Mursyidul Am dan tokoh ulama yang dikatakan dihormati, dia mesti bersifat berani dan berterus terang walaupun itu sahabat dia, walaupun itu pakatan dia, dia tak boleh untuk kepentingan politik, dia ketepikan soal itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lubok Jong di sini, Khamis.

Muhyiddin diminta mengulas sikap berdiam diri Nik Abdul Aziz apabila terdapat pemimpin pakatan pembangkang yang mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap isu yang bercanggah dengan Islam.

Ini termasuk kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, sikap Nik Abdul Aziz itu mungkin hendak menunjukkan kesepakatan dalam pakatan pembangkang tetapi bagi perkara yang melibatkan akidah umat Islam, ia tidak harus diketepikan.

"Kalau kesilapan dilakukan oleh (Penasihat PKR) Anwar (Ibrahim), (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng, (Pengerusi DAP) Karpal Singh, dia kena tegur, tak boleh kata itu pandangan dia. Yang tak betul kata tak betul, yang salah kena kata salah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan