Lebih 3,000 Orang Masih Di Pusat Pemindahan Banjir

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Selangor setakat malam Rabu ialah 1,937 iaitu 1,018 di Kuala Langat dan 919 di Dengkil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya Izman Adnan berkata di Kuala Langat, mangsa banjir melibatkan 269 keluarga yang ditempatkan di empat pusat penempatan iaitu Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Dewan Genting Sanyen, Dewan Bukit Changgang dan Bukit Tandun.

Menurutnya, di Dengkil, tiga pusat penempatan banjir masih dibuka iaitu Dewan SRJK (C) Dengkil, Dewan Orang Ramai Dengkil dan Dewan Gemilang.

"Berdasarkan rondaan pada 6 petang Rabu, banjir di kawasan terlibat telah reda kecuali di Kampung Sri Tanjung yang diniaki air setakat bawah lutut kerana aliran air ke sungai tersumbat," katanya.

Di JOHOR, tiga pusat pemindahan di Batu Pahat telah ditutup menjadikan jumlah pusat pemindahan yang masih dibuka di daerah itu setakat ini sebanyak 12 buah dan sebuah lagi masih dibuka di Ledang.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan berjumlah 1,256 orang setakat 8.30 malam ini.

Di PERAK, sehingga 8 malam Rabu, jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak yang ditempatkan di dua pusat pemindahan kekal 177 orang.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir ialah 74 orang setakat 8 malam Rabu melibatkan daerah Jasin.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata mereka terdiri daripada 15 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Tehel.

Pusat pemindahan banjir Dewan Demang Husin, Bukit Katil telah ditutup pada jam 3 petang tadi, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan