Khaled Nordin Umum Dana RM400 Juta Untuk Penyelidik

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Bermula tahun depan, penyelidik dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) boleh memohon geran daripada dana RM400 juta di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Mengumumkan perkara tersebut, Menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut akan membolehkan para penyelidik dari universiti mempunyai akses kepada dana kerajaan untuk kerja mereka.

“Memandangkan kita telah menyediakan peruntukan RM600 juta untuk lima universiti penyelidikan di negara ini, adalah tiba masanya untuk kita memberi akses kepada universiti lain.

“Para penyelidik di IPTS yang mengadakan kerjasama dengan rakan sejawat mereka di kalangan 15 universiti juga boleh memohon geran ini,” katanya kepada para pemberita selepas melancarkan beberapa kerja penyelidikan di Akademi Pengajian Tinggi di Bandar Estek di sini pada Khamis.

Lima universiti penyelidikan itu ialah Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putera Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada 28 September lalu, Perdna Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kerajaan memperuntukkan RM600 juta untuk lima universiti penyelidikan bagi mengendalikan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang seperti teknologi nano, automotif, biotekonologi dan angkasa.

Khaled berkata, sudah tiba masanya para penyelidik di universiti awam lain diberikan akses kepada geran kerajaan supaya mereka boleh menjalankan lebih banyak penyelidikan yang akan memanfaatkan negara jangka panjang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan