Keselamatan Parlimen Lemah - Speaker

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui sistem kawalan keselamatan Parlimen di negara ini berada pada tahap yang lemah.

Menurutnya, kelemahan tersebut lebih ketara apabila kumpulan pelawat yang hadir ke bangunan Parlimen bebas bergerak tanpa kawalan termasuk menggunakan kemudahan khas untuk wakil rakyat.

Tegas Pandikar Amin, kehadiran pemimpin politik yang bukan terdiri daripada ahli Parlimen khususnya untuk mengadakan sidang media di ruang khas wakil rakyat merupakan satu kesalahan yang memalukan.

"Saya tidak akan benarkan lagi orang luar walaupun dibawa oleh ahli-ahli Parlimen masuk dalam kawasan Parlimen sebagai tetamu untuk adakan sidang media.

"Walaupun ada kebenaran, jangan gunakan kebenaran itu melebihi apa yang dibenarkan. Mereka boleh masuk, tapi jangan guna fasiliti khas untuk ahli Parlimen," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Selain itu Pandikar Amin berkata kehadiran pelbagai kumpulan termasuk ahli politik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan sidang media di Parlimen merupakan amalan yang memalukan.

"Apabila saya nampak berita ada bukan ahli Parlimen buat sidang akhbar dan mendapat liputan dengan logo Parlimen...ia sangat memalukan.

"Tidak ada mana-mana Parlimen di dunia buat begini," katanya.

Terdahulu pada persidangan Dewan Rakyat Pandikar Amin mengumumkan penguatkuasaan peraturan bagi menghalang selain daripada ahli Parlimen daripada menggunakan kemudahan ruang sidang media yang dikhususkan untuk mereka.

Penguatkuasaan peraturan tersebut berdasarkan Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 yang bertujuan melindungi keistimewaan dan hak-hak ahli Parlimen.

Selepas pilihan raya umum 2008, Parlimen menjadi tumpuan pemimpin politik bukan terdiri daripada ahli Parlimen serta wakil NGO untuk mengadakan sidang media mengenai pelbagai isu.

Kumpulan berkenaan kebiasaannya mendapatkan seorang wakil rakyat untuk turut serta dalam sidang media mereka sebagai tanda sokongan sebelum meneruskan agenda masing-masing.

Mengulas lanjut Pandikar Amin bagaimanapun berkata, penguatkuasaan tersebut bukan bererti Parlimen menghalang sepenuhnya kehadiran pelawat.

"Kalau nak buat sidang akhbar...boleh, tapi berdirilah di mana-mana penjuru yang tidak mengunakan fasiliti itu.

"Walaupun ketika membuat sidang akhbar itu ahli Parlimen ada bersama mereka...tak boleh, saya tidak benarkan," katanya sambil menegaskan peraturan berkenaan bukan bermakna Parlimen menghalang amalan kebebasan media.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan