Isu Izzah: PAS Tawar Diri Menghadap Sultan Selangor

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS tampil memainkan peranan menawarkan diri untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai hak kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif berkenaan diambil kerana parti sekutu pakatan pembangkang itu yakin Sultan Selangor tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai kenyataan Nurul Izzah.

"Maklumat yang sebenar mungkin tidak dijelaskan oleh Mais (Majlis Agama Islam Selangor) kepada Sultan Selangor.

"Saya cukup baik dengan Sultan. Saya sendiri boleh bawa kenyataan sebenar Nurul Izzah kepada Sultan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Media pada Rabu melaporkan bahawa Sultan Selangor terkejut dengan kenyataan Nurul Izzah yang dikeluarkan dalam satu forum "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya, Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dilaporkan berkata, Sultan Selangor menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar daripada Islam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan