Hindraf Dijemput Berdialog Dengan PM

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat jemputan terbuka kepada masyarakat India termasuk pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) untuk berdialog bagi menyelesaikan masalah kumpulan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan memandang berat isu berkaitan masyarakat India dan tidak mahu kumpulan itu berasa dipinggirkan.

"Walaupun ada kumpulan yang bergerak secara ekstrem dalam memperjuangkan permintaan mereka, tapi kerajaan sedia duduk berbincang dengan semua kumpulan yang mewakili masyarakat India termasuk Hindraf.

"Saya memberi jaminan bahawa Perdana Menteri bersedia untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan kumpulan berkenaan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Menurutnya, kerajaan menyedari bahawa terdapat segelintir masyarakat India di negara yang masih merasakan mereka dipinggirkan walaupun pelbagai inisiatif dan bantuan diberikan kepada mereka.

"Bukan sebab mereka marah kepada kerajaan, tapi mereka rasa seolah-olah dipinggirkan dan tidak diberi layanan yang adil oleh kerajaan.

"Jadi kerajaan fikir lebih baik duduk berbincang dan dengar luahan mereka. Kalau mereka tak gembira, ini bermakna ada sebab-sebab tertentu...jadi kita perlu ambil tahu," katanya.

Ditanya mengapa kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat India, Mohamed Nazri berkata: "Kerajaan beri layanan yang sama kepada semua kaum, tapi buat masa ini masyarakat India dirasakan lebih kritikal.

"Kalau kita sekat Hindraf dan hanya bincang dengan segelintir kumpulan India tertentu sahaja bermakna ia tidak menyeluruh. Walau kita sedar Hindraf lebih vokal, tapi Perdana Menteri sedia untuk mendengar."

Berhubung persoalan sama ada MIC sebagai parti yang mewakili kaum India gagal menjalankan tanggungjawabnya membela masyarakat berkenaan, Mohamed Nazri bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

"MIC sudah buat yang terbaik tapi kerajaan mahu mendekati kumpulan lain.

"Kita sedar ada kumpulan lain di luar daripada MIC yang perlu kita dengar luahan mereka," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan