Diskaun 20 Peratus: 2,962 Peminjam PTPTN Buat Bayaran Balik Penuh

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 2,962 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membuat bayaran balik sepenuhnya berikutan tawaran diskaun 20 peratus yang diumumkan pada Belanjawan 2013 bagi tempoh 1 Oktober hingga 30 Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata jumlah pembayaran balik itu melibatkan pinjaman sebanyak RM15 juta.

"Daripada jumlah itu, seramai 191 peminjam adalah dalam kategori senarai hitam dengan bayaran balik berjumlah RM1.2 juta," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin tahu mengenai sambutan peminjam PTPTN terhadap tawaran diskaun 20 peratus itu pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Ditanya mengenai jumlah peminjam yang menamatkan pengajian dengan keputusan kepujian kelas pertama dan layak mendapat pengecualian bagi pembayaran balik pinjaman, Dr Hou berkata kementerian mengenal pasti seramai 4,430 graduan yang tamat pengajian dari 2005 hingga 2009, layak untuk mendapat pengecualian itu.

Bagaimanapun, katanya, hanya 1,335 graduan yang membuat permohonan bagi pengecualian itu.

"Ini menunjukkan masih berbaki 3,095 peminjam yang layak mendapat pengecualian, belum membuat permohonan. Justeru saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada pelajar itu supaya menghubungi PTPTN untuk urusan seterusnya," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan asal Mohamed berhubung jumlah pecahan pelajar mengikut kaum yang berjaya menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa, Dr Hou berkata pelajar Cina mendapat manfaat paling tinggi iaitu seramai 9,598 peminjam dikecualikan untuk membuat pembayaran balik berikutan mencatatkan pencapaian akademik cemerlang.

Katanya jumlah tersebut diikuti graduan Melayu dengan 2,929 orang, India (506) dan baki 159 lagi terdiri daripada graduan pelbagai kaum. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan