Dewan Rakyat Halang Sidang Media Bukan Ahli Parlimen - Berita Semasa | mStar

Dewan Rakyat Halang Sidang Media Bukan Ahli Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis menguatkuasakan peraturan bagi menghalang selain daripada ahli Parlimen daripada menggunakan kemudahan ruang sidang media yang dikhususkan mereka.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penguatkuasaan peraturan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 adalah bertujuan melindungi keistimewaan dan hak-hak ahli Parlimen.

"Dengan ini saya mengarahkan ruang sidang media Parlimen Malaysia adalah hanya eksklusif untuk kegunaan ahli-ahli Parlimen sahaja.

"Perkara ini akan saya kemukakan kepada Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Parlimen (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz), Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Ketua Pentadbir Parlimen," katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Peraturan berkenaan disambut baik semua wakil rakyat tanpa bantahan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan