Demo Bantah AES di Lumut Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengadakan demonstrasi bagi membantah pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lumut, esok (Jumaat).

Timbalan Setiausaha AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, demonstrasi aman itu akan disertai oleh Pemuda PAS, Pemuda DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kita akan adakan demo bantah AES ini di Lumut, Perak. Ini kerana ia merupakan kawasan Parlimen, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

"Setakat ini kita mendapat respon yang baik daripada orang ramai yang tidak menyokong pelaksanaan AES.

"Kita bukannya mahu menyokong mereka yang melanggar undang-undang sebaliknya kita menentang AES kerana ia memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada syarikat swasta," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR, Khamis.

Mohd Saifullah yang juga Koordinator Bantah AES berkata, beliau menjangkakan 1,000 orang akan menyertai demo aman itu.

"Sekiranya ia mendapat sambutan, kita akan mengadakan satu lagi demo di bangunan Parlimen.

"Kita tuntut kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES ini segera. Sebelum itu kita mahu lihat respon daripada Kementerian Pengangkutan selepas demo esok," katanya.

Beliau berkata, sekiranya tidak ada tindakan diambil, pihaknya akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada orang ramai mengenai pelaksanaan AES yang hanya akan memberikan keuntungan kepada pihak swasta.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan