Cuepacs Akan Bincang Kenaikan Gaji Dan Insentif Khas Enam Agensi Penguatkuasa

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan berbincang mengenai kenaikan gaji dan insentif khas terhadap enam agensi penguatkuasaan yang berhadapan dengan risiko.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ia berikutan tugas-tugas berisiko dan terdedah kepada bahaya serta mengancam keselamatan.

Katanya, enam agensi tersebut adalah Jabatan Bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Kastam, Jabatan Penjara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Kita akan bertemu dengan agensi penguatkuasaan ini bagi mengkaji semula gaji yang setimpal dengan tugas-tugas mereka.

"Selain itu kita mahu satu insentif khas atau pampasan kepada anggota yang menerima kemalangan ketika bertugas," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Taklimat Dasar Baru SPA dan Pekerja Kontrak, di sini, Khamis.

Tambah Omar, buat masa ini skim exgratia yang sedia ada hanya tertumpu kepada kecederaan parah dan meninggal dunia sahaja.

"Kita sudah lihat beberapa kejadian seperti bomba dan polis yang berhadapan dengan maut tetapi tiada sebarang pempasan atas usaha mereka, skim yang ada sekarang hanya untuk kecederaan parah dan meninggal dunia," katanya.

Dalam pada itu, Omar turut mengusulkan beberapa perkara yang bakal dibincangkan antaranya mengenai pengambilan pekerja bagi jawatan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan SPM sahaja.

Ia berikutan kebanyakan pemohon bagi jawatan berkelayakan SPM dimohon oleh pemegang ijazah.

"Kita akan berbincang dengan pihak SPA untuk membatalkan kelayakan bagi pemegang ijazah yang memohon kelayakan SPM.

"Kita tidak mahu selepas tiga bulan diserap jawatan mereka mohon untuk ke jawatan laia, ia hanya menyusahkan pihak pentadbiran," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan