Bertanding Di Pekan Hanya Untuk Selamatkan Karier Politik Abdul Hadi - Zaid Ibrahim

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim mempertahankan pendiriannya untuk bertanding di Pekan, dengan berkata beliau mahu membantu pembangkang dalam sebarang cara yang beliau mampu.

Beliau berkata rancangan itu bukanlah satu tindakan terdesak atau kerana beliau tidak dapat mencari kerusi lain untuk bertanding, seperti yang didakwa banyak pihak.

Bekas Presiden Kita ini berkata dengan bertanding di Pekan, beliau akan "menyelamatkan" Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada mempertaruhkan kerjaya politiknya dengan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di sana.

"Hadi akan menghadapi tempoh masa yang sukar di Pekan, saya tertanya-tanya mengapa dia harus diletakkan di sana dengan risiko seperti itu. Demi kejayaan jangka panjang PAS, parti itu tidak seharusnya mempunyai seorang presiden yang kalah dalam pilihan raya.

"Bagaimanapun, dengan risiko sedemikian, ia boleh diambil oleh seseorang yang tidak berminat menjadi menteri atau pemimpin negara," katanya, sambil menambah bahawa orang itu juga perlu mempunyai keupayaan untuk berbahas dengan Perdana Menteri mengenai isu-isu penting negara.

Pada Ahad, Zaid mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Kita yang akan memudahkan beliau untuk bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat, dengan memilih bertanding dengan Najib di Pekan.

Dalam 'posting' terbaru blognya, Zaid juga berkata beliau tidak akan memohon dengan mana-mana parti politik untuk menjadi calon.

Beliau juga melahirkan harapan agar pemimpin parti pembangkang tidak akan bertindak balas terhadap tawaran beliau dalam "kaedah pemikiran sempit".

"Mereka tidak perlu takut untuk melibatkan diri saya kerana saya bukan ancaman kepada sesiapa," katanya.

Zaid juga berkata beliau mahu bertanding di Pekan bukan kerana menaruh sebarang rasa benci secara peribadi terhadap Najib.

"Najib telah menjalankan beberapa pembaharuan dan saya memuji beliau, tetapi ia tidak cukup," katanya, sambil menambah masih terdapat banyak masalah gagal ditangani kerajaan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan