Tarikh Akhir Mohon TR1MA 30 November - SPAD

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan pemandu teksi yang belum memohon program penukaran tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) supaya segera berbuat demikian berikutan tarikh akhir permohonan pada 30 November ini.

SPAD dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jun lalu, semua pemandu teksi yang memegang status sebagai ‘pemandu pertama’ layak untuk menerima subsidi tayar di bawah TR1Ma.

“Program TR1Ma ini adalah inisiatif kerajaan untuk memberi subsidi kepada pemandu teksi, yang bertujuan meringankan beban mereka menanggung kos penyelenggaraan kenderaan dan sekali gus dapat meningkatkan tahap keselamatan di Malaysia.

“Permohonan boleh dilakukan di mana-mana pejabat daerah SPAD (di Sungai Petani, Kuala Terengganu, Muar atau Putrajaya. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web, www.spad.gov.my/tr1ma,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu,sehingga akhir Oktober 2012, sebanyak 99,871 baucar telah dikeluarkan di seluruh negara, mewakili hampir 70% daripada jumlah keseluruhan teksi yang berdaftar.

“Setiap seorang pemandu teksi mendapat dua keping baucar dengan jumlah RM520. Nilai baucar TR1Ma adalah berdasarkan kepada kajian yang dijalankan yang mana majoriti teksi yang digunakan di Malaysia menggunakan tayar bersaiz 13 inci.

“Untuk teksi yang menggunakan tayar bersaiz melebihi 13 inci, kos tambahan perlu ditanggung oleh pemandu teksi,” katanya.

Kenyataan itu menambah bahawa penerima baucar mempunyai pilihan untuk menggunakan satu atau dua baucar ketika melakukan penebusan.

Ini bermaksud, katanya, pemandu teksi tidak diwajibkan untuk menggunakan kedua-dua baucar yang diterima pada satu-satu masa.

“Dokumen-dokumen yang perlu ketika melakukan penebusan adalah permit teksi (salinan asal), salinan kad pengenalan pemandu serta kenderaan perlu dibawa bersama,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPAD turut menggalakkan pemohon menghubungi talian bebas SPAD di 1800-88-7723 atau lawati laman web SPAD, www.spad.gov.my/tr1ma sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan