PM Ucap Tahniah Obama Dipilih Semula Sebagai Presiden AS - Berita Semasa | mStar

PM Ucap Tahniah Obama Dipilih Semula Sebagai Presiden AS

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengucapkan tahniah kepada Barack Obama kerana dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

"Dengan kemenangannya dalam pilihan raya bersejarah ini, Presiden itu mempunyai peluang yang unik untuk merealisasikan visinya untuk Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Najib berharap Obama akan meneruskan usahanya memupuk persefahaman dan hormat menghormati antara Amerika dan umat Islam di seluruh dunia.

"Ramai rakyat Malaysia mengikuti dengan penuh minat kempen pilihan raya Presiden - dan sebagai sebuah negara Islam sederhana, Malaysia sentiasa bersedia membantu Amerika, kerana ia mahu lebih melibatkan diri dengan mereka yang beragama Islam," katanya.

Najib juga berkata, beliau berasa bangga berjumpa dengan Presiden itu semasa penggal pertamanya dan "kami berikrar untuk membangunkan perkongsian yang semakin meningkat antara kedua buah negara".

"Hubungan ini semakin kukuh dan saya berharap ia akan berterusan pada masa depan agar kami dapat mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan