M'sia Gesa Masyarakat Antarabangsa Hentikan Penempatan Haram Israel

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas untuk menghentikan penempatan haram Israel, perampasan tanah dan memusnahkan kediaman, harta serta infrastruktur rakyat Palestin.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Datuk Hussein Haniff berkata dasar dan amalan tentang pengusiran dan perampasan Israel akan memburukkan lagi keadaan yang mengakibatkan warga Palestin semakin lemah dan mudah terdedah kepada kesengsaraan.

Katanya masyarakat antarabangsa terutama Kuartet Timur Tengah juga perlu bertindak balas terhadap sekatan pentadbiran yang diamalkan Israel serta pembunuhan secara sewenang-wenangnya.

"Sasaran pembunuhan terhadap rakyat Palestin menunjukkan pembunuhan individu secara terancang.

"Pembunuhan itu menafikan hak tertuduh untuk membuktikan mereka tidak bersalah dan mendapat perlindungan undang-undang yang sewajarnya," katanya

ketika berucap pada Mesyuarat Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB ke-67 di New York, pada Selasa.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.

Hussein berkata Malaysia juga menggesa untuk merealisasikan hak rakyat Palestin ditentukan sendiri oleh rakyatnya melalui penyelesaian akhir konflik berkenaan.

Semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kedua, Malaysia mendesak sistem Pembangunan PBB agar mengukuhkan program bantuannya untuk membantu mengurangkan kesusahan yang dihadapi warga Palestin dan penduduk Syria di Golan, menerusi sumber mencukupi dan aktiviti operasi berkesan.

"Berhubung permohonan Palestin untuk menganggotai PBB, Malaysia mengulangi sokongannya terhadap usaha Palestin mendapatkan keanggotaan penuh dalam PBB.

"Adalah menjadi harapan kami keamanan dan penyelesaian berkekalan terhadap krisis ini akan wujud tidak lama lagi untuk menamatkan kesusahan ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh warga Palestin dan penduduk Syria di Golan," kata wakil tetap itu.

Sementara itu, Malaysia juga menyampaikan kenyataan Asean tentang usaha badan itu untuk memperbaiki amalan hak kemanusiaan bagi pihak 10 negara anggotanya.

Hussein berkata Suruhanjaya Asean untuk Penggalakan dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak (ACWC) yang ditubuhkan pada April 2010 menyaksikan kemajuan yang positif dan berkata Konvensyen bagi Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) pada Januari lepas sebagai contoh.

Beliau berkata Asean percaya terdapat keperluan mengamalkan pendekatan bukan berbentuk konfrontasi dan amalan konstruktif berhubung isu serantau terutamanya, budaya yang pelbagai, agama dan tradisi dalam menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan