Lembaga Muzium P.Pinang Kaji Semula Pengurusan Artifak

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dewan Undangan Negeri diberitahu Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang sedang mengkaji semula penyelarasan prosedur pengurusan artifak untuk mendapatkan pensijilan standard kualiti, MS ISO9001:2008.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Won Hon Wai (DAP-Air Itam) berkata pihak muzium kini dalam proses menyenaraikan oleksi artifak dan lukisan yang perlu dibaik pulih untuk dirujuk kepada Jabatan uzium Malaysia bagi mendapatkan khidmat nasihat pakar restorasi.

"Bagi artifak yang rosak, ia akan dibentangkan kepada Lembaga Muzium negeri untuk tujuan pelupusan," katanya dalam ucapan penggulungan usul belanjawan negeri 2013 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Rabu.

Beliau berkata pengurusan muzium negeri juga akan membuat penambahbaikan terhadap proses penyediaan belanjawan sebagaimana terkandung dalam Laporan Audit Ketua Negara 2011.

Katanya tahap prestasi pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti bagi muzium negeri mendapat markah keseluruhan berjumlah 76.97 peratus bagi tahun 2011 iaitu meningkat sebanyak 16.47 peratus berbanding tahun 2008.

Wong berkata berdasarkan audit yang dijalankan pada Jun 2011 hingga September 2011 prestasi pengurusan koleksi artifak sejarah muzium adalah memuaskan.

"Pelbagai perancangan dikenal pasti dan sedang dilaksanakan termasuklah penambahbaikan tatacara penyimpanan penstoran koleksi aritifak dan koleksi lukisan," katanya.

Katanya terdapat juga beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan dari aspek pematuhan manual dan prosedur kualiti serta perolehan, pendaftaran dan penyimpanan.

Selain itu Wong berkata masalah ruang yang sempit untuk menyimpan artifak bersaiz besar juga telah ditangani apabila artifak itu dipindahkan ke premis baharu yang terletak di Jalan Macalister. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan