Kes Penyeludupan Manusia Libat Malaysia Sebagai Transit Menurun

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Usaha negara memerangi penyeludupan dan pemerdagangan manusia menunjukkan kesan apabila jumlah kes membabitkan Malaysia sebagai transit penyeludupan manusia ke Australia semakin menurun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu disahkan Menteri Luar Australia Bob Carr pada pertemuan dengan beliau di sini pada Rabu.

"Hubungan Malaysia dengan Australia banyak berkisar kepada perjalanan manusia yang didagang di mana negara sasaran adalah Australia dan Malaysia dilihat sebagai transit, tetapi usaha kita selama ini dapat bendung perkara ini dan kita akan umumkan jumlahnya nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Jabatan Imigresen yang memasuki fasa kedua transformasi menjadikan Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) sebagai pusat pengumpulan data khususnya mengenai pendatang asing.

Lisram juga katanya akan dijadikan pusat latihan pegawai imigresen selain pusat menyelaras agensi yang mempunyai tugasan berkaitan seperti Jabatan Kastam, Bank Negara, Pasukan Petugas Khas mengenai Keganasan Polis Diraja Malaysia serta agensi risikan terutama dari negara yang mempunyai hubungan dua hala dengan Malaysia.

Hishammuddin berkata, proses transformasi Jabatan Imigresen akan berdasarkan tanda aras agensi antarabangsa termasuk Australia.

Sementara itu Carr yang dalam lawatan kerja lima hari ke negara ini, berkata Australia sangat menghargai kerjasama peringkat tinggi Malaysia berhubung penyeludupan manusia.

"Kami percaya Malaysia bukan sahaja rakan kongsi yang penting, tetapi juga peneraju di rantau ini dalam menghasilkan penyelesaian berinovasi untuk mengekang penyeludupan manusia. Kami percaya dengan 'naluri' Malaysia dalam menangani isu itu dan mahu mengeratkan kerjasama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan