Kerajaan Peruntuk RM3 Bilion Bagi BR1M 2.0

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) mulai Januari 2013, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Pembayaran itu akan dilakukan menjelang 15 Januari sehingga 15 Mac, 2013, katanya kepada pemberita Rabu.

Pendaftaran bagi BR1M bermula 1 Nov sehingga 31 Dis, 2012.

"Permohonan bermula 1 November sehingga 31 Disember. Kita harap sesiapa yang tidak membuat permohonan semasa BR1M yang pertama, harap mereka akan buat pada kali ini," katanya di luar acara seminar jualan dua hari oleh pakar jualan dan pemasaran, Bob Urichuck, Rabu.

Seminar itu dianjurkan oleh Kumpulan Syarikat Job Hunt dan menarik lebih 300 peserta.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 Sept.

Rakyat yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500.

Mengenai pilihan raya Presiden AS, Lim berkata Malaysia gembira dengan hubungan semasa dengan AS.

"Amerika adalah satu negara penting. Amerika ialah negara dagangan ketiga terbesar kita yang berjumlah 10 peratus daripada keseluruhan perdagangan kita," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan