Kenyataan Izzah Boleh Dianggap Hina Islam - Mashitah

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu boleh dikategorikan sebagai menghina dan mempersendakan Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim bagaimanapun berkata, tiada peruntukan atau enakmen khusus yang boleh digunakan kepada orang Islam jika didapati cuba mengajak orang Islam lain untuk murtad.

"Kalau seorang bukan Islam mendakyah orang Islam untuk keluar Islam, maka kita ada dalam enakmen kawalan agama.

"Tapi yang wujud hari ini bukan orang bukan Islam yang ajak orang Islam (murtad), tapi orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agama setelah ibu bapanya mendidik dan ibu bapa mewariskan agama tersebut (Islam) kepada anak.

"Setakat ini tiada peruntukan khusus sebegitu (tindakan terhadap orang Islam), tapi boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Menurut Mashitah, berdasarkan enakmen kawalan agama, mana-mana orang secara lisan atau bertulis mempersendakan atau menyebabkan Islam dipandang hina boleh dikenakan hukuman tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mashitah berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin mengetahui mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap Nurul Izzah berhubung kenyataan kontroversinya.

Sabtu lalu, pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab', Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Kenyataannya itu dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.

Lebih kontroversi apabila ahkbar Utusan Malaysia kemudiannya memetik dan menyiarkan semula kenyataan Nurul Izzah pada Isnin.

Bagaimanapun selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan