Isu Suaram: Tiga Individu Hantar Notis Guaman Tuntut Penjelasan ROS

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili tiga individu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Aktivis Bersih, Maria Chin Abdullah dan Setiausaha Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvan akan menghantar notis guaman kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) selewat-lewatnya hujung minggu ini berhubung siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Edmund Bon berkata notis tersebut menuntut penjelasan ROS berhubung notis di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah yang diserahkan kepada anak guamnya Isnin lalu.

Beliau turut mengesahkan ketiga-tiga anak guamnya tidak akan tampil merekodkan kenyataan mereka di pejabat ROS.

"ROS tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkan notis di bawah Seksyen 111, Kanun Tatacara Jenayah.

"Kami akan mengeluarkan satu notis undang-undang kepada ROS bagi maksud itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada Rabu.

Justeru, beliau menggesa ROS segera menghentikan siasatan ke atas individu yang tidak ada kena-mengena dengan Suaram.

Individu lain yang telah menerima notis yang sama setakat ini adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee, Ahli Jawatankuasa Perlembagaan Badan Peguam Malaysia, Syahredzan Johan dan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

Pua diwakili peguam Gobind Singh Deo.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Suaram Nalini Elumalai berkata pertubuhan itu akan mencabar ROS menyatakan had kuasa mereka kerana menghantar notis di bawah Seksyen 111 kepada individu yang tidak ada kaitan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Suaram mengkritik tindakan ROS kerana menghantar notis kepada ketujuh-tujuh individu terlibat pada 5 November yang lalu.

"Untuk rekod, Suara Inisiatif Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan bukannya di bawah ROS.

"Di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, jelas sekali membezakan 'pertubuhan', yang mengecualikan 'mana-mana syarikat berdaftar di bawah undang-undang'

"Ini adalah melanggar hak asasi dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia. katanya," katanya.

Jusuteru, beliau menyifatkan pendakwaan ROS terhadap individu berkenaan adalah bertentangan dengan undang-undang.

"Serangan ROS ke atas Suaram hanya berdasarkan laporan polis berniat jahat yang dibuat di Muar adalah satu tindakan yang tidak rasional.

"Ini akan memberi kesan kepada aktivis yang memperjuangkan hak asasi manusia kerana ia mengancam nyawa, harta benda dan kehidupan mereka," katanya.

"Mereka tidak ada apa-apa kaitan dengan Suaram. Jadi kenapa mereka perlu hadir beri kenyataan. Pendakwaan yang cuba dibuat terhadap anak guam saya dan individu ini bersifat terpilih dan 'mala fide',” katanya.

Selain mereka, ROS juga turut menyaman empat individu lain, mereka ialah, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee dan peguam hak asasi manusia Syahredzan Johan.

September lalu, Pejabat Peguam Negara telah mengarahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat lebih lanjut akaun dan kesalahan lain yang berkaitan mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suaram dan Suara Initiatif Sdn Bhd.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata bahawa SSM dalam siasatannya mengesan pelanggaran serius sekurang-kurangnya lima seksyen dalam Akta Syarikat oleh Suaram dan syarikat itu.

Menteri itu mahu siasatan dibuat bagi menentukan sama ada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Amerika yang didakwa menyalur dana Suaram berkaitan dengan penyangak mata wang George Soros.

Ismail Sabri turut meminta Bank Negara untuk menyiasat perkara itu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Kementerian Dalam Negeri dan ROS untuk menentukan status Suaram.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan