Istilah Kafir Harbi Terpakai Jika DAP Tolak Islam

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP boleh dianggap sebagai 'kafir harbi' sekiranya parti pembangkang itu secara terbuka menentang dan menolak Islam.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata dalam konteks Malaysia, istilah 'kafir harbi' tidak membolehkan umat Islam memerangi secara fizikal kumpulan berkenaan.

"Istilah atau konsep 'kafir harbi' atau 'kafir zimmi' adalah satu istilah yang diguna pakai oleh para ulama untuk membuat kajian sikap terhadap bukan muslim.

"Ia bukan satu istilah yang membolehkan sebarang hukuman diambil untuk dibunuh atau sebagainya. Tetapi adalah sebagai satu kajian sikap sama ada kita masih boleh terus berkawan dengan dia ataupun tidak...itu sahaja.

"Jadi tidak timbul soalan tuduhan (kafir harbi) yang boleh membawa kepada satu hukuman atau sebagainya," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah) yang ingin mengetahui sama ada DAP sememangnya dianggap sebagai 'kafir harbi'.

Amran merujuk kepada kenyataan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa’amah yang mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam dan melabelkan parti itu dengan gelaran 'kafir harbi'.

Menurut Mashitah, orang bukan Islam yang tidak menentang ajaran Islam boleh dikategorikan sebagai 'kafir zimmi'.

"Sekiranya bukan muslim menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan seperti melabel bahawa syariah Islam itu ekstremisme, dengan terang menyebut tidak mahu Islam, tidak kiralah nak langkah mayat atau tidak, atau meraksakan mempertahankan maruah Islam itu sebagai sesuatu yang membazir tenaga dan masa, maka jelas bahawa ia adalah menentang kepada Islam.

"Tapi mana-mana orang bukan Islam yang boleh taat kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang beragama Islam serta patuh kepada perjanjian kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka dikategorikan sebagai 'kafir zimmi' yang boleh dijadikan kawan," katanya.

Dalam pada itu menjawab soalan asal Amran mengenai tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan terutama berkaitan istilan 'kafir harbi', Mashitah berkata individu terbabit boleh diambil tindakan di bawah Peruntukan 298(A) Kanun Keseksaan.

"Peruntukan itu terpakai sekiranya menyebabkan atau cuba menyebabkan atau mungkin menyebabkan tidak harmoni, perpecahan atau perasaan benci atau sakit hati atau memudaratkan atau cuba memudaratkan atau mungkin memudaratkan keadaan harmoni.

"Prosing pendakwaan di bawah peruntukan ini dijalankan di mahkmah sivil dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada lima tahun," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan