Anwar Sokong Izzah Sentuh Isu Kebebasan Agama

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan anaknya, Nurul Izzah Anwar berhubung hak kebebasan beragama di negara ini termasuk kepada orang Melayu.

Malah Ketua Pembangkang itu mendakwa kenyataannya Nurul Izzah sengaja diputarbelitkan demi kepentingan politik pihak tertentu.

"Kenyataan itu disalah tafsir...bukan saja disalah tafsir malah ia dimanipulasi.

"Apa isunya? Saya baca kenyataan dia (Nurul Izzah) yang menyebut mengenai kerangka perlembagaan (kebebasan beragama)...ini jelas," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Tegas Anwar, anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai kini berhadapan situasi yang sama dengannya apabila kenyataan-kenyataanya sebelum ini juga didakwa dimanipulasikan hingga mencetuskan kontroversi.

"Mereka juga sering ambil sebahagian kenyataan-kenyataan saya dan manipulasi.

"Ia sangat tidak adil, Izzah beritahu bahawa dia akan amil tindakan mahkamah terhadap Utusan Malaysia," katanya.

Selain itu Anwar seperti biasa meletakkan kesalahan berkenaan kepada Umno yang didakwanya menggunakan pendekatan terdesak apabila menggunakan isu agama untuk meraih undi.

"Ini soal agama, bukan mainan politik. Ini adalah pendekatan terdesak yang diambil oleh Umno.

"Agama digunakan sebagai alat permainan oleh Umno, ini tidak sihat. Saya pandang serius mengenai perkara ini," katanya.

Sabtu lepas, pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab', Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Kenyataannya itu dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.

Lebih kontroversi apabila ahkbar Utusan Malaysia kemudiannya memetik dan menyiarkan semua kenyataan Nurul Izzah pada Isnin.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan