1,000 Ikuti Proses Pemilihan Presiden AS

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 orang mengikuti proses pilihan raya presiden Amerika Syarikat anjuran kedutaan negara itu di sini Rabu, yang menyaksikan pemilihan semula Presiden Barack Obama.

Mereka terdiri daripada pengamal media, komuniti perniagaan, penganalisis dan pemerhati politik, wakil badan bukan kerajaan, ahli akademik serta pelajar.

Pada sidang media sebelum keputusan pilihan raya diumumkan, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Datuk Paul W. Jones berkata siapa juga yang memenangi pertandingan sengit itu akan meneruskan dasar sedia ada dengan Malaysia.

"Hubungan antara Amerika Syarikat dan Malaysia serta Asean akan diperkukuh dan diperhebat," katanya pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

Jones berkata, beliau secara peribadi berpandangan saat menyentuh perasaan pada pemilihan presiden Amerika Syarikat ialah apabila calon yang tewas berucap menyatakan sokongan kepada pemenang dan pada masa sama menyatukan rakyat Amerika.

Hadirin mula beredar sekitar pukul 12.30 tengah hari apabila media Amerika Syarikat mengumumkan jangkaan mereka bahawa Obama kemungkinan besar dipilih semula.

Pada majlis berasingan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan tahniah kepada Obama atas kemenangannya.

"Sampaikan ucapan tahniah saya kepada Mr Obama," kata Dr Mahathir kepada pemberita pada majlis penyampaian anugerah Malaysia Institute of Planners, di sini.

Obama dipilih untuk penggal kedua selepas mengalahkan calon Republikan Mitt Romney, seorang jutawan dan bekas ketua dana ekuiti swasta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan