Wakil Rakyat BN P. Pinang Persoal 'Peruntukan Besar' Pejabat Ketua Menteri, SUK & Pegawai Kewangan

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang wakil rakyat pembangkang pada Selasa mempersoal berhubung tiada pecahan khusus mengenai apa yang didakwanya sebagai peruntukan besar untuk Pejabat Ketua Menteri, Setiausaha Kerajaan dan pegawai kewangan negeri di bawah Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2013 yang menurutnya menimbulkan syak wasangka berhubung wujudnya agenda tersirat terutamanya menjelangnya pilihan raya umum.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kawasan Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah memberitahu pemberita peruntukan bagi pejabat ketua menteri dan pejabat setiausaha kerajaan berjumlah lebih RM129 juta manakala pejabat jabatan kewangan negeri lebih daripada RM648 juta.

"Ini amat merisaukan terutamanya menjelang pilihan raya. Lebih RM600 juta dalam jabatan kewangan negeri. Anda memberikan akses kepada tiada siapa yang tahu. "Ini akan mengundang kepada syak wasangka bahawa kerajaan negeri atau orang-orang tertentu dalam kerajaan itu mempunyai agenda tersirat untuk menyorokkan apa-apa yang hendak dilaksanakan demi kepentingan parti menjelang pilihan raya nanti," katanya.

Sementara itu, pemangku Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang juga ADUN Telok Bahang) berkata kerajaan negeri membentangkan belanjawan dengan peruntukan yang besar untuk jabatan ketua menteri dan setiausaha kerajaan tetapi ia tidak dibelanjakan. Menurutnya sejumlah RM480 juta diperuntukkan kepada jabatan ketua menteri dan setiausaha kerajaan pada 2011 tetapi hanya 21 peratus daripadanya dibelanjakan, dan ini bermaksud banyak projek pembangunan tidak dilaksanakan.

"Jika duit itu tidak dibelanjakan ia akan muncul sebagai lebihan. Pentadbiran kerajaan negeri tidak memegang prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) kerana tidak berterus terang dengan rakyat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan