Sokong Murtad: Izzah Sedia Jumpa Jais

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sedia mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi penjelasan mengenai kenyataan kontroversinya yang menyokong hak kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Lembah Pantai itu enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan kepada media selepas menerima nasihat peguam.

"Peguam sudah menasihatkan agar saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai perkara ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Selain itu Nurul Izzah berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu berkenaan.

Sabtu lepas, pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab', Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Kenyataannya itu dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.

Lebih kontroversi apabila ahkbar Utusan Malaysia kemudiannya memetik dan menyiarkan semua kenyataan Nurul Izzah pada Isnin.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan