Siasatan ROS Terhadap Suaram Diperluas Dengan Melibatkan Tony Pua

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, Suaram, telah diperluaskan dengan melibatkan Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata beliau menerima surat yang memerlukan beliau merakam kenyataan di pejabat ROS di Putrajaya pada Khamis akan datang.

"Saya terkejut dikehendaki memberi kenyataan kepada ROS berhubung penyiasatan mereka.

"Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Suaram," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, Selasa.

Pua berkata beliau sedah telah bercakap mengenai Suaram di Dewan Rakyat dan telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai kes itu.

"Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk menentukan sama ada saya perlu hadir memberi kenyataan atau tidak," katanya, sambil menambah akan memfailkan permohonan mahkamah pada Rabu.

ROS juga telah menyaman aktivis Bersih Maria Chin Abdullah pada Jumaat dan Presiden Majlis Peguam Malaysia Lim Chee Wee pada Isnin bagi kenyataan mereka yang akan direkodkan pada minggu ini.

Kedua-dua mereka, Chin dan Lim juga terkejut mereka telah dipanggil untuk memberikan kenyataan walaupun tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Suaram.

Suaram sedang disiasat terhadap dakwaan menerima dana dari sumber-sumber asing.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan