Rebat RM200: KPKK Sedia Syarat Pelaksanaan Kepada Syarikat Telco

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (dua, kanan) meyerahkan replika Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) kepada Nor Aini Yahaya dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia semasa gimik perasmian Majlis Penyerahan KADS1M dan Program Rentas Kampus di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, Selasa. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan (dua, kiri). -fotoBERNAMA
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (dua, kanan) meyerahkan replika Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) kepada Nor Aini Yahaya dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia semasa gimik perasmian Majlis Penyerahan KADS1M dan Program Rentas Kampus di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, Selasa. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan (dua, kiri). -fotoBERNAMA

TANJUNG MALIM: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam proses menyediakan syarat kepada Syarikat Telekomunikasi (Telco) yang menjual telefon bimbit bertaraf telefon pintar sebelum pelaksanaan pemberian rebat RM200 mulai 1 Januari depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perbincangan akan dijalankan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan terdapat beberapa pindaan berhubung syarat pelaksanaan itu sebelum ia diputuskan dalam masa terdekat.

"Kita akan menjalankan kaedah yang lebih mudah meliputi cara pendaftaran pengenalan kedai yang boleh dibeli, di samping tanggungjawab syarikat telco yang seharusnya berasas kepada bukti pembelian, cara pemulangan duit RM200 kepada pihak yang menjualnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) dan Program Renta Kampus serta Program Ramah Mesra Mentor Menteri Universiti Pendidikan Sultan Iskandar (UPSI) bersama Mahasiswa di sini Selasa.

Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Hasnul Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian iaitu Datuk Dr Rothiah Omar dan Datuk Ab Ghaffar A Tambi serta Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Zakaria Kasa.

Rais berkata cara pemberian rebat sama ada melalui kad atau tuntutan, juga akan diteliti terlebih dahulu dan pengguna boleh menyemak melalui laman sesawang.

Beliau berkata syarat perlu dipatuhi setiap penjual ialah mereka tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga telefon bimbit.

"Saya yakin bahawa pembelian telefon bimbit, yang dianggap sebagai telefon canggih ini, akan mendapat sambutan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 September lepas, mengumumkan pemberian rebat RM200 secara 'one-off' bagi golongan belia berumur 21 hingga 30 tahun untuk membeli seunit telefon mudah alih pintar 3G yang bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka.

Terdahulu, Rais bersama 100 anggota Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) UPSI berkonvoi menaiki motosikal untuk melawat sekitar Kampus Sultan Azlan Shah sebelum merasmikan Ruang Rakan Siswa di pejabat KARISMA. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan