PRU-13: Anwar Cabar PM Tanding Di Marang

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar agar bertukar kerusi dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Cabarang itu disuarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Najib yakin beliau mendapat sokongan rakyat.

Menurut Anwar, Najib sepatutnya bertanding di Parlimen Marang yang kini disandang Abdul Hadi sebagaiamana Presiden PAS itu menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Pekan yang disandangnya.

"Kita ada kekuatan di sana (Pekan), pada tahun 1999, Najib pernah hampir tewas dan jika benar beliau yakin, beliau perlu nyatakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Marang," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Mengulas lanjut Anwar menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat belum memutuskan sama ada mahu meletakkan Abdul Hadi untuk bertanding di Parlimen Pekan.

"Kami belum membincangkan perkara itu, beliau (Abdul Hadi) kata akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti," katanya.

Abdul Hadi sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi turun temurun keluarga Najib pada PRU-13 akan datang.

Hasratnya itu turut disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pemimpin Umno bagaimanapun melihat tindakan Abdul Hadi umpama "membunuh karier politiknya" kerana mereka menjangkakan sekiranya perkara itu berlaku, Abdul Hadi akan mengalami kekalahan yang memalukan.

Najib yang bertanding di Pekan pertama kalinya ketika berusia 24 tahun menang tanpa bertanding selepas kemangkatan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 1976.

Beliau sebelum ini pernah menerima kemenangan dengan majoriti kecil di Pekan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan