Pasport Haiwan Kesayangan Mungkin Diwajibkan - Noh Omar

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilik haiwan kesayangan di negara ini mungkin diwajibkan mengambil pasport bagi haiwan peliharaan masing-masing pada masa akan datang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata langkah itu, antara lain bertujuan untuk memudahkan pengumpulan data lengkap tentang seseekor haiwan, termasuk mengenai penyakit, di samping memudahkan usaha mengesannya jika dilaporkan hilang.

"Kami akan bincang perkara ini dengan pihak berkuasa tempatan dan badan berkaitan sebelum Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan dibentang di Parlimen, kemungkinan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Global Ketiga Pertubuhan Sedunia bagi Kesihatan Haiwan (OIE) di sini, Selasa.

Noh berkata kini, pemilik haiwan kesayangan di negara ini boleh mengambil pasport untuk haiwan peliharaan masing-masing atas dasar sukarela.

"Buat masa sekarang, pemilik yang ingin memiliki pasport bagi haiwan kesayangan mereka boleh mendapatkannya di hospital veterinar dan klinik haiwan swasta berdaftar," katanya.

Pada majlis itu, Noh juga melancarkan Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2012-2020, yang antara lain bertujuan untuk memastikan kebajikan haiwan di negara ini dijaga sejajar dengan undang-undang dan peraturan.

Garis panduan lengkap yang digubal dalam pelan itu, termasuk pendekatan strategik ke arah membentuk masyarakat penyayang yang prihatin tentang kebajikan haiwan.

Noh berkata kementerian berkenaan berharap pelan itu menjadi ikutan negara yang menghadiri persidangan berkenaan.

Kira-kira 400 anggota perwakilan dari 70 negara menghadiri persidangan itu.

Sementara itu, Noh berkata kementerian berkenaan bersiap sedia menghadapi musim banjir dengan menyusun pelbagai langkah yang diperlukan.

"Untuk isu pampasan pertanian yang musnah semasa banjir, ianya akan diuruskan Majlis Keselamatan Negara. Kita di peringkat kementerian berperanan untuk mengutip maklumat mengenai mereka yang terlibat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan