Musim Tengkujuh Tiba Awal Sebulan

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TERJEJAS...Darus Mat Rendah, 64, menaiki kerusi roda yang ditolak oleh menantunya Rusmadi, 32, meredah air banjiryang  naik ke paras lutut. Mangsa meninggalkan rumah mereka di Kampung Selabak dekat Teluk Intan, Perak.
TERJEJAS...Darus Mat Rendah, 64, menaiki kerusi roda yang ditolak oleh menantunya Rusmadi, 32, meredah air banjiryang naik ke paras lutut. Mangsa meninggalkan rumah mereka di Kampung Selabak dekat Teluk Intan, Perak.

PETALING JAYA: Musim hujan lebat dan banjir tiba lebih awal daripada yang dijangka, berbanding tahun lalu apabila musim tengkujuh hanya bermula sepenuhnya sebulan selepas itu.

"Kami jangka musim hujan akan tiba aal namun bukan secepat ini," kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Beliau berkata, tahun lalu, majlis berkenaan bersiap sedia menghadapi banjir pada penghujung Noveber, namun ia hanya berlaku pada minggu pertama pada bulan Disember.

"Tahun ini, hujan lebat bermula pada Oktober," kata Thajudeen.

Menurutnya, MKN telah bersiap sedia menghadapi situasi paling buruk, dengan mengadakan mesyuarat diperingkat nasional berhubung persiapan berhadapan dengan banjir sejak sebulan lalu.

Jawatankuasa berkenaan mengesahkan, negeri paling terjejas ketika ini adalah, Johor, Selangor, Perak dan Melaka.

Menurut laman web, MKN, (http://portalbanjir.mkn.gov.my/), lapan daerah yang paling terjejas adalah Batu Pahat, Kluang dan Ledang di Johor, Melaka Tengah, Jasim dan Kuala Langat dan Sepang di Selangor.

Banjir kilat turut berlaku dibeberapa kawasan di Lembah Klang ekoran hujan lebat yang turun tanpa henti, ia turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa di Lebuh Raya Persekutuan, termasuk jalan menghala ke Lapangan Terbang Subang.

Setakat ini, MKN mengesahkan tiada kematian dicatatkan, namun jumlah mereka yang dipindahkan seramai, 3,675 orang dan mereka ditempatkan di 35 pusat pemindahan, setakat sidang media yang diadakan pada Isnin.

Johor mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai, 2,042 orang diikuti Selangor, 1,255 orang.

Menurut portal berkenaan, lebih 10 sungai Johor, Selangor, Perak, Perlis dan Negeri Sembilan telah melebihi paras bahaya.

Sementara itu, pengguna jalan raya turut melaporkan di Twitter bahawa berlaku banjir kilat di Glenmarie, berhampiran dengan susur keluar Lebuh Raya Klang Utara (NKVE).

Seorang pengguna Twitter @AjamHudson melaporkan kejadian banjir kilat berlaku di Kota Damansara sementara @meekamaruddin menulis turut berlaku kejadian yang sama di Kolej PTPL di Shah Alam dan air telah naik ke paras lutut.

Dalam pada itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata: "Semua barangan elektrik yang telah ditenggelami air banjir perlu diperiksa dan dipastikan selamat oleh juruelektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk digunakan semula."

Dalam satu kenyataan, TNB menggesa orang ramai memantau anak mereka agar tidak bermain berhampiran dengan tiang elektrik tumbang atau wayar elektrik yang terdedah.

"Sekrianya anda melihat ada tiang elektrik tumbang atau wayar elektrik yang terdedah, segera hubungi pejabat TNB yang berhampiran atau TNB Careline di 15454," katanya.

TNB berkata pihaknya akan segera mematikan bekalan kuasa elektrik di kawasan berkenaan sekiranya mereka mengesan air banjir yang berada di tahap merbahaya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan kontigensi akan digunakan bagi memastikan gangguan yang minimum terhadap pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

"Banjir bukanlah perkara baru, kita menghadapinya setiap tahun. Apa yang penting ialah bagi mereka yang terjejas untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sekiranya mereka perlu dipindahkan," katanya selepas merasmikan Forum Dunia Inovasi pada Isnin.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan