Konsep Kesederhanaan Malaysia Diterima Asem - PM

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditemubual dengan wartawan asing selepas menghadiri persidangan 9th Asia - Europe Summit (ASEM 2012) yang berlangsung dari 5 hingga 6 November di Vientiane, Selasa.
 -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditemubual dengan wartawan asing selepas menghadiri persidangan 9th Asia - Europe Summit (ASEM 2012) yang berlangsung dari 5 hingga 6 November di Vientiane, Selasa.
 -fotoBERNAMA

VIENTIANE: Para pemimpin Asia dan Eropah menerima baik konsep kesederhanaan yang diajukan Malaysia dalam menyelesaikan konflik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Perdana menteri berkata malah, konsep ini telah dimasukkan ke dalam deklarasi sidang kemuncak serta kenyataan pengerusi Sidang Kemuncak Asia Eropah (Asem ke-9).

"Saya telah kemukakan semasa mesyuarat itu bahawa konsep kesederhanaan boleh menyumbang kepada penyelesaian konflik serta mencegah konflik pada masa depan," katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak dua hari Asem di sini.

Najib berkata beliau berkongsi dengan sidang kemuncak itu tentang bagaimana konflik 40 tahun di Filipina diselesaikan melalui pendekatan kesederhanaan yang dilaksankan kerajaan Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Malaysia yang bertindak sebagai pemudah cara.

"Jika semua mengambil pendekatan keras, konflik itu pastinya tidak dapat diselesaikan," katanya.

Pada 15 Oktober, Manila and MILF menandatangani perjanjian untuk menamatkan konflik itu yang telah mengorbankan 120,000 orang. Najib menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu di Manila.

Pendekatan kesederhanaan lain ditunjukkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Malaysia apabila mereka menghulur bantuan kepada mangsa Islam dan juga Buddha di wilayah bergolak Rakhine, katanya pada sidang kemuncak itu.

Najib berkata NGO Malaysia tidak melihat konflik itu sebagai isu agama tetapi sebagai isu kemanusiaan yang terbit daripada masalah kemiskinan.

Menyentuh konflik di Syria kini, beliau berkata mesyuarat itu merasakan bahawa terdapat keperluan untuk gencatan senjata serta mencari penyelesaian politik dalam menangani konflik itu.

Pada acara sampingan mesyuarat itu, Najib berjumpa dengan Presiden Bulgaria Rosen Plevneliev, Perdana Menteri Slovenia Janez Jansa dan Setiausaha Luar United Kingdom William Hague.

Najib berkata kerajaan British mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas peranannya dalam memudahkan penyelesaian konflik 40 tahun di selatan Filipina.

Mereka juga menggalakkan para pelabur Malaysia menceburi pembangunan hartanah di United Kingdom, katanya.

Mengenai pertemuannya dengan rakan sejawatan Slovenia, perdana menteri berkata mereka merasakan Pelabuhan Klang di Malaysia dan Pelabuhan Koper di Slovenia boleh bekerjasama untuk kemasukan lebih mudah barangan ke pasaran Eropah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan