Kajian Kenaikan Gaji Penjawat Awam Had Maksimum Bergantung Perakuan Suruhanjaya Khas - KSN

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kajian terhadap kenaikan gaji penjawat awam yang sudah mencapai had gaji maksimum akan hanya dijalankan sekiranya Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam selesai Disember ini, tetapi tidak membuat sebarang cadangan mengenainya.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata Suruhanjaya Khas itu telah pun mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan hasilnya akan dibentang Disember ini.

"Kita lihat apa idea baru Suruhanjaya itu. Jika tiada pembaharuan, kita akan mulakan kajian (kenaikan gaji) mulai Disember ini juga," katanya kepada Bernama semasa ditanya mengenai perkembangan terhadap kajian gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga maksimum.

Beliau baru-baru ini mengumumkan kajian itu tertumpu kepada penjawat awam yang sudah mencapai had gaji maksimum, daripada dua hingga lima peratus dan akan diberi kepada mereka yang memperoleh markah penilaian dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 80 peratus.

Ali ditemui selepas merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Perkhidmatan Awam peringkat kebangsaan kali ke-29 di sini. Beliau berkata kajian itu juga untuk mengetahui jumlah kakitangan awam yang terlibat serta implikasi kewangan kepada kerajaan selain memberi keadilan kepada mereka yang tidak diberi anjakan gaji atau kenaikan pangkat selepas mencapai gaji maksimum.

Menurutnya, antara cadangan yang boleh dikemukakan dalam kajian berkenaan ialah golongan tersebut diberi kenaikan pangkat atau kenaikan gaji biasa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan