Bomba Perketat Prosedur Pakaian Anggota Ketika Bertugas - Berita Semasa | mStar

Bomba Perketat Prosedur Pakaian Anggota Ketika Bertugas

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memperketat prosedur pemakaian pakaian dan aksesori anggotanya semasa bertugas di lapangan bagi mengelak sebarang kejadian di luar jangkaan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana terdapat segelintir anggota yang didapati menanggalkan aksesori seperti sarung tangan serta penutup muka semasa menjalankan operasi mengawal kebakaran.

"Pakaian serta aksesori tidak boleh diambil mudah. Mereka seharusnya tidak menanggalkan aksesori atau pakaian semasa berada dalam kawasan operasi dan hanya boleh menanggalkannya bila sudah keluar dari kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas insiden kecederaan yang dialami 10 anggota bomba pada muka, tangan serta kaki apabila salah satu dari empat tangki minyak silinder di kilang tayar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kelantan meletup Ahad lepas.

Lima anggota yang parah kini dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian manakala lima lagi yang cedera ringan telah dibenar keluar pada hari kejadian.

Mengulas lanjut kejadian tersebut, Wan Mohd Nor berkata kesemua anggota yang tercedera itu yakin mereka telah mengawal kebakaran secara keseluruhan tetapi insiden letupan itu berlaku di luar jangkaan.

"Ketika letupan, mereka ingin melakukan penyejukan di kawasan kebakaran dan telah menanggalkan sarung tangan serta penutup muka sehingga menyebabkan mereka cedera di muka serta tangan," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat lebih lanjut mengenai letupan itu termasuk kedudukan anggota yang tercedera semasa kejadian tersebut. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan