Pembangkang Ganggu Sidang, Timbalan Menteri Tamat Ucapan

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara wakil rakyat pembangkang terlalu kerap mencelah sehingga mengganggu persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kei terpaksa menamatkan ucapannya lebih awal.

Walaupun sekadar menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam tempoh kira-kira 40 minit, Heng mengambil keputusan untuk mengemukakan jawapan secara bertulis.

Keputusan itu diambil selepas beberapa wakil rakyat wanita pembangkang secara berterusan bangun mencelah tanpa kebenaran ketika beliau menggulung.

Tindakan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan), Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) itu mencetuskan kekecohan apabila kesemua wakil rakyat berkenaan secara serentak mempersoalkan jawapan Heng.

Kesemua mereka mendakwa Heng gagal memainkan peranannya sebagai timbalan menteri apabila tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan pada sesi perbahasan.

Bagaimanapun Heng menafikan dakwaan itu dan memaklumkan kepada Dewan bahawa ucapannya masih belum menyentuh kepada tajuk yang dibangkitkan.

"Yang Berhormat (YB) asyik mengganggu ucapan saya. Memang saya tidak jawab lagi kerana masih belum sampai kepada perkara yang YB persoalkan.

"Tindakan YB ini menidakkan peranan saya sebagai timbalan menteri," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Tidak mengendahkan kenyataan Heng, kesemua wakil rakyat pembangkang itu secara berterusan berdiri mencetuskan kekecohan.

"Bagaimana YB mengatakan saya tidak menjawab soalan, YB belum dengar lagi ucapan saya sehingga habis.

"Tunggulah hingga saya habis jawab, kemudian barulah mencelah kalau ada apa-apa yang masih tidak puas hati," kata Heng lagi.

Sebelum ini wakil rakyat wanita pembangkang mengambil tindakan sama apabila mencelah tanpa kebenaran ketika Heng menggulung RUU Perbekalan 2013 pada peringkat dasar.

Ketika itu wakil rakyat pembangkang mempersoalkan kredibiliti Heng untuk menggulung kerana mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir menggulung bagi kementerian tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan