PDRM Terus Guna Perangkap Had Laju Walaupun Wujud AES

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan sistem kamera elektronik perangkap had laju yang digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi membendung kemalangan maut diperkenalkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, agensi penguatkuasaan yang berkaitan akan meneruskan pemantauan trafik bagi mengawal keselamatan lalu lintas di negara ini.

"Walaupun pendekatan baru melalui AES diperkenalkan, sistem sekarang (kamera perangkap had laju) yang digunakan oleh polis masih lagi dilaksanakan.

"Oleh kerana pendekatan yang baru itu dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), agensi yang berkaitan yang melaksanakan pemantauan jalan raya akan tetap laksanakan tugas masing-masing," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan memansuhkan sistem sedia ada yang di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas memperkenalkan AES.

PDRM di bawah KDN kini menggunakan kamera perangkap had laju berdefinisi tinggi (HD) dan berupaya merakam imej kenderaan yang melanggar had kelajuan dengan resolusi tinggi dari jarak 1.2km pada kelajuan 320 kilometer sejam bagi menangkap pesalah trafik.

Bagaimanapun terbaru, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan memperkenalkan AES iaitu sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Ia bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan selain mampu mengurangkan kemalangan maut.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati dengan impak kesalahan lalu lintas di kalangan pengguna jalan raya berikutan penggunaan kamera AES.

Kong berkata, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES ditempatkan.

Fasa pertama pelaksanaan AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan