MRT Sasarkan Kontrak Bagi Bumiputra Kepada RM9.145 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka untuk menambah nilai kontrak bagi kontraktor Bumiputera bagi laluan MRT Sungai Buloh-Kajang kepada RM9.145 bilion menjelang akhir tahun ini. Anggaran terdahulu ialah RM8.56 bilion.

Pengarah Perhubungan Pemilik Kepentingan dan Tanah MRT Corp, Haris Fadzilah Hassan berkata, kontrak bernilai RM8.82 bilion telah diberikan kepada kontraktor Bumiputera setakat ini.

"Ini berjumlah 45 peratus daripada keseluruhan nilai kontrak yang diberikan setakat ini, iaitu melebihi sasaran awal, 43 peratus," katanya pada satu taklimat media di sini.

Hingga hari ini, sebanyak 53 pakej kerja bernilai RM19.8 bilion telah pun ditenderkan, dengan 22 pakej kerja diberikan kepada kontraktor Bumiputera, katanya lagi.

"Sebanyak 32 pakej lagi dijangka diagihkan menjelang akhir tahun. Bahagian Bumiputera adalah kira-kira RM321 juta daripada keseluruhan pakej itu," tegasnya.

Semua pakej kerja Bumiputera tertakluk kepada bida terbuka dan pembida diberikan maklumat projek yang sama dan dinilai atas dasar yang sama.

Untuk mendapatkan kontrak itu, syarikat-syarikat itu perlu memenuhi kriteria penilaian yang ketat. Ini bertujuan memastikan syarikat-syarikat yang berpengalaman mempunyai pengetahuan teknikal luas dipilih.

"Semua tender melalui proses penilaian yang menyeluruh. Penilaian tender melalui beberapa peringkat bermula dengan Jawatankuasa Penilaian Tender oleh Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Teknikal Sehenti (OSTC).

"Kelulusan muktamad diberikan oleh Jawatankuasa Pemerolehan Sehenti," jelasnya.

Haris menambah, jawatankuasa-jawatankuasa ini meneliti beberapa faktor, termasuk keupayaan teknikal, rekod pencapaian dan kekuatan kewangan.

"Persoalan pokoknya ialah mencari tender yang sesuai, yang akan memastikan projek mendapat input teknikal terbaik daripada kontraktor yang berkeupayaan, di samping mengekalkan kos," katanya.

Haris juga menjelaskan, kontraktor Bumiputera yang telah diberikan kontrak dalam projek Laluan 1 akan dipertimbang bagi projek-projek Laluan 2 dan Laluan 3.

Sementara itu, Haris turut memberitahu, MRT Corp akan menawarkan 250 pakej kerja bernilai RM200 juta kepada kontraktor kelas D,E, dan F Bumiputera pada 2015.

Apabila projek Laluan 1 hampir siap, kontraktor-kontraktor ini akan dipanggil untuk membida bagi kontrak-kontrak seperti kerja-kerja landskap dan penanaman rumput, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan