Masjid Jamek Ditutup Mulai Esok Untuk Kerja Menaik Taraf - Berita Semasa | mStar

Masjid Jamek Ditutup Mulai Esok Untuk Kerja Menaik Taraf

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masjid Jamek Bandaraya akan ditutup mulai esok (Selasa) untuk dinaik taraf dan projek itu dijangka siap pada 5 Mac tahun depan, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dalam satu kenyataan di sini pada Isnin berkata segala aktiviti masjid akan dihentikan sepanjang kerja menaik taraf dijalankan.

"Tapak pembinaan akan ditutup sepenuhnya atas faktor keselamatan, juga untuk memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan