Kenyataan Nurul Izzah Berbahaya Dan Mengelirukan - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia 2012 di Kuala Lumpur, Isnin. -fotoBERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia 2012 di Kuala Lumpur, Isnin. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama sebagai berbahaya dan mengelirukan.

Beliau berkata kenyataan sedemikian adalah tidak wajar kerana ia boleh mengelirukan penafsiran masyarakat dan umat Islam.

"Di dalam Perlembagaan negara telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan, dan setiap anak yang dilahirkan sebagai orang Islam maka dia itu kekal sebagai orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia yang turut dihadiri negeri yang diwakili pembangkang di sini, Isnin.

Malah, Jamil Khir berkata, ayat Al-Quran yang digunakan Nurul Izzah bagi menyokong kenyataan beliau semasa forum berkenaan adalah luar daripada konteks sebenarnya kerana ayat itu berkaitan dengan hal orang bukan Islam yang tidak boleh dipaksa dalam penerimaan agama Islam.

Sabtu lepas, pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab', Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Bagaimanapun selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial 'Facebook' beliau hari ini,menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.

Di DUNGUN, Terengganu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiap umat Islam mempunyai kewajipan untuk memperkukuh akidah dan berpegang kepada ikatan agama Islam.

Beliau berkata sudah termaktub bahawa bila dikatakan orang Melayu ia bermakna dia orang Islam dan beragama Islam.

Apa yang penting bagi umat Islam ialah untuk memperkuat akidah supaya tidak terpesong dan dalam konteks kebebasan beragama di negara ini, bukanlah menjadi galakan kepada umat Islam untuk memeluk agama lain, katanya mengulas kenyataan Nurul Izzah.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian kunci rumah Program Bantuan Rumah (PBR) di Wilayah Lembaga Kemajuan Tengah (Ketengah) di Dungun.

Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata kebebasan dalam beragama di Malaysia yang agama rasminya ialah Islam, adalah bagi orang bukan Islam, mereka tidak boleh dipaksa menerima agama lain atau Islam.

"Tetapi kita sebagai umat Islam ada kewajipan untuk memastikan penerapan nilai-nilai Islam dilaksanakan.

"Sebab itu kita wujudkan madrasah, sekolah agama, universiti Islam, perbanyakkan ceramah agama, kuliah agama di TV dan radio dan lain-lain supaya umat Islam tidak tergelincir dari landasan Islam," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan