Kejayaan Program Transformasi Malaysia Bergantung Kepada Keazaman Rakyat - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada World Innovation Forum (WIF) di K.Lumpur. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada World Innovation Forum (WIF) di K.Lumpur. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kejayaan program transformasi Malaysia amat bergantung kepada keazaman semua rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Ke arah mencapai kejayaan itu, Muhyiddin menggariskan lapan keperluan iaitu mencergaskan semula sektor swasta, mewujudkan tenaga kerja berkualiti, membina ekonomi domestik berdaya saing dan memperkukuhkan sektor awam.

Keperluan lain adalah mewujudkan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran, membangunkan infrastruktur berasaskan pengetahuan, menggalakkan sumber pertumbuhan dan memastikan pertumbuhan mapan.

"Bagi tujuan ini, Malaysia telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi susulan penilaian yang menyeluruh dan realistik berhubung situasi ekonomi semasa Malaysia dan prospek masa depannya," katanya dalam ucaptama ketika melancarkan Forum Inovasi Dunia-Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Forum tiga hari bertemakan 'Inovasi Menyeluruh Bagi Transformasi' itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), adalah kesinambungan dua inisiatif kerajaan Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia (Malaysia Inovatif 2010) dan Tahun Kecemerlangan Sains dan Matematik 2011.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan timbalannya Datuk Fadillah Yusof.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sungguhpun perubahan tidak boleh berlaku sekelip mata, namun langkah ke arah itu perlu dimulakan sekarang.

Beliau berkata usaha yang dilaksanakan oleh Mosti, YIM dan rakan strategiknya dalam menganjurkan forum berkenaan, adalah sebahagian daripada tindakan susulan dan penyudahan daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyemai budaya inovasi serta kreativiti dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata peranan utama sains, teknologi dan inovasi sentiasa dititikberatkan dalam pembangunan ekonomi dan sosial.

"Perubahan utama yang mendepani dunia hari ini termasuk krisis ekonomi, kemerosotan alam sekitar dan isu sosial memerlukan penyelesaian baru serta berinovasi.

"Oleh itu, wawasan yang kolektif, usaha bersepadu untuk terus menggalakkan pemikiran dan sikap yang betul, dan pelaksanaan dasar serta strategi pembangunan secara berkesan adalah pra-syarat utama untuk membina persekitaran yang kondusif bagi inovasi berkembang," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin menggesa semua pihak iaitu kerajaan, sektor swasta, usahawan, ahli akademik dan masyarakat sivil supaya berganding bahu mencari penyelesaian kepada masalah sosio-ekonomi yang sedia ada dan berterusan, yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat, terutamanya golongan bawahan.

"Kita semua mempunyai peranan yang penting untuk dilaksanakan memandangkan inovasi seharusnya mampan, menyeluruh dan meluas. Inovasi seharusnya daripada semua dan bagi manfaat semua.

"Kita mesti terus mewujudkan dan memperkukuhkan bersama ekosistem yang menggalakkan inovasi menyeluruh yang menambah baik kehidupan semua orang, dengan menghasilkan inovasi dengan kos rendah namun produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi yang memberi nilai tambah kepada pelanggan, perniagaan, persekitaran dan semua rakyat," katanya.

Sejajar dengan prinsip 1Malaysia: Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, Muhyiddin berkata Malaysia meletakkan inovasi mampan dan menyeluruh sebagai tunjang strategi pembangunan jangka sederhana dan panjang.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan