Dompok Nafi Dakwaan UPKO Tinggalkan BN

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa parti itu hampir-hampir meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Beliau mengesahkan bahawa majlis tertinggi Upko telahpun membincangkan perkara itu tetapi parti memutuskan untuk terus kekal dalam BN.

"Ada pihak yang mahu bercakap tentang perkara ini, jadi kami membangkitkannya kepada Majlis Tertinggi, dan Majlis Tertinggi kemudian berbincang. "Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah) dan sebagainya. Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Upko bahagian Penampang di sini, Ahad.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diminta mengulas mengenai kenyataan Bumburing semalam, menegaskan dakwaan sebelum ini oleh bekas Naib Presiden parti Datuk Maijol Mahap bahawa pemimpin Upko memutuskan untuk keluar daripada BN dan menyertai pakatan sebelum mereka (bekas pemimpin) keluar daripada parti dan mengikrarkan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Maijol baru-baru ini dipetik sebagai berkata soal untuk keluar itu tidak berlaku kerana Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk mengumumkan penubuhan RCI mengenai isu pendatang tanpa izin dan peningkatan luar biasa dalam jumlah penduduk Sabah.

Ketika menolak dakwaan itu, Dompok berkata: "Mereka berbohong atau mereka tidak memberi kenyataan yang tepat kepada media".

"Perkara ini tidak mungkin benar kerana parti mengadakan mesyuarat, kami membangkitkannya dan tiada apa untuk kami sembunyikan. Saya rasa semua orang tahu kami ada bermesyuarat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan