Doktor Terkenal Di Kuantan Perjelaskan Tentang Radioaktif Lynas

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Dr Looi Hoong Wah
Datuk Dr Looi Hoong Wah

KUANTAN: Seorang doktor terkemuka di Pahang menolak "pembohongan" berterusan disebarkan Pembangkang di kalangan penduduk tempatan tentang kebimbangan pelepasan radioaktif dari loji nadir bumi Lynas bernilai RM2.5 bilion yang siap dibina di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kempen anti-Lynas itu semata-mata bermotif politik untuk meraih undi dalam pilihan raya umum akan datang.

Datuk Dr Looi Hoong Wah, seorang doktor perunding yang telah memberi perhatian 40 tahun dalam perubatan nuklear dan fizik zarah, berkata aktivis anti-Lynas berusaha mempengaruhi pemikiran rakyat di sini sejak dua tahun lepas walaupun hakikatnya "tidak wujud langsung sisa radiasi atau sebarang sisa toksik' dari loji itu.

Keselamatan Lynas disahkan oleh enam badan bebas, termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) PBB, badan tertinggi dunia mengenai tenaga atom.

"Bahan yang mereka bawa tidak ada apa kecuali minyak nadir bumi mengandungi cebisan lemah radioaktif thorium 232. Ia merupakan bahan radioaktif yang cukup lemah dan mempunyai jangka hayat amat panjang puluhan bilion tahun.

"Dan dengan semua ini kumpulan anti-Lynas kata...oh cucu cicit kita akan menderita selama 14 bilion tahun. Ini semua karut," kata beliau.

Dr Looi berkata, jika seseorang melihat separuh hayat bahan radioaktif (masa diperlukan bagi sesuatu kuantiti menurun kepada separuh daripada nilainya), lebih lama separuh hayat itu, semakin kurang pula bahayanya.

"Misalnya, jika separuh bahagian rumah terbakar dalam 14 bilion tahun, adakah ia menimbulkan sebarang masalah? Tidak, ini kerana terdapat hanya secebis api, sedangkan jika ia terbakar dalam masa 40 minit, maka ramai orang yang terbunuh atau cedera.

"Begitu juga dengan plumbum, yang kita gunakan dalam bateri kereta kita. Ia juga mempunyai separuh jangka hayat yang lama 19 bilion tahun. Oleh kerana ia mempunyai separuh hayat yang panjang, ia sebenarnya bersifat 'non-radioaktif' bila anda gunakannya pada kereta. Jadi thorium amat lemah dari segi radioaktif," katanya kepada Bernama pada satu temu bual.

Ditanya bagaimana beliau berminat terhadap sains nuklear dan fizik zarah, Dr Looi berkata minat timbul ketika beliau seorang pelajar perubatan di Manchester kira-kira 40 tahun lalu oleh kerana seorang daripada tutornya ialah ahli fizik nuklear.

Beliau juga pernah meletakkan thorium di tangannya tanpa sebarang kesan sampingan hingga hari ini kerana thorium, bila dilepaskan keluar berhubung dengan elektron bagi menghasilkan gas helium, seperti yang digunakan bagi meniup belon, ia langsung tidak berbahaya.

"Thorium 232 atau produk sisa mengeluarkan hanya cebisan elektron, yang merupakan bahan elektrik. Ia tidak menimbulkan sebarang masalah. Anda dapati radiasi Lynas, sebaik saja anda di luar sempadan loji itu, radiasinya sifar. Tidak ada alat di bumi ini yang begitu sensitif untuk dapat mengesannya," kata beliau.

Dr Looi berkata, maklumat salah mengenai Lynas berdasarkan anggapan karut kerana pada badan manusia pun ada radioaktiviti akibat potassium, yang doktor beri kepada pesakit bagi mengawal pengambilan garam dalam kes hypertensi dan kes-kes lain.

"Malahan pada badan kita, kita mempunyai kira-kira 4,400 becquerel (Bq) sementara sisa dan bijih Lynas mengandungi kurang daripada 6 Bq per gram. Ini sudah melebihi 124 kali dari jumlah pada situasi paling buruk di Lynas.

"Jadi mengapa bersungut mengenai sebuah Loji Lynas di Gebeng di sini sedangkan terdapat 124 loji Lynas dalam badan anda yang mengeluarkan radioaktif?"

Ditanya mengenai kesan terhadap pekerja, beliau berkata apa yang mungkin mereka dapat ialah kurang dari 20 peratus dos yang dibenarkan.

Dr Looi juga menyebut kata-kata Dr Nick Tsurikov, pakar radiasi antarabangsa, bahawa tidak ada langsung risiko radiasi di Loji Lynas.

Beliau berkata, penentang berhadap loji itu harus mengambil kira lebih daripada 1,000 pekerjaan berkualiti yang dipertaruhkan dan mereka ini adalah orang-orang yang mempunyai keluarga yang perlu diberi makan.

"Sebaik saja wujud sebuah loji nadir bumi, syarikat-syarikat (lain) akan datang, seperti Siemens (yang) bercadang datang dan menggunakan nadir bumi. Mereka akan mewujudkan beribu-ribu lagi pekerjaan hasil kesan limpahan," kata beliau.

Dr Looi merayu kepada pertubuhan bukan kerajaan dan Pembangkang supaya "bangkit" dan sedar bahawa loji Lynas membawa manfaat besar kepada negara.

"Anda boleh pengaruhi pemikiran rakyat untuk beberapa ketika, tetapi bukan untuk selamanya," kata beliau.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan