50,000 Rumah Kos Rendah Siap Menjelang Akhir Tahun – Shafie Apdal

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Sejumlah 50,000 rumah di bawah skim Program Bantuan Rumah (PBR) untuk golongan berpendapatan rendah di kawasan pedalaman dijangka siap menjelang akhir tahun.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kementerian telah menyiapkan kira-kira 49,000 rumah di seluruh negara setakat Oktober tahun ini.

“Saya yakin kita akan mencapai sasaran 50,000 rumah menjelang Disember.

“Program ini direka untuk membantu mereka di kawasan pedalaman, maka kami menjangkakan untuk mempercepatkan pembinaan bagi mencapai sasaran kami,” katanya kepada para pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada 70 penerima di Ketengah di sini, Isnin.

Shafie berkata, sejumlah RM1.2 bilion diperuntukan untuk projek berkenaan seperti membina rumah berkenaan dan memperbaiki rumah-rumah sedia ada di kawasan pedalaman.

“Kami mahu memastikan mereka di kawasan pedalaman tidak dipinggirkan.

“Kami akan menambah bilangan rumah ini berdasarkan keperluan mereka di kawasan pedalaman,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan