Permata Negara Usaha Wujud Lebih Banyak Pusat Pembelajaran Untuk Masyarakat India

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permata Negara sedang berusaha untuk mewujudkan lebih banyak pusat pembelajaran kanak-kanak bagi memenuhi keperluan masyarakat India terutama di kawasan luar bandar, kata penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah, yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Permata Negara masih menunggu cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan lain yang berkaitan bagi mengenal pasti lokasi untuk pusat itu di kawasan luar bandar termasuk di ladang-ladang.

“Kita mempunyai peruntukan untuk membina kira-kira empat hingga lima lagi pusat dan saya berharap ia akan memberi peluang kepada masyarakat India untuk mempunyai akses lebih mudah kepada pendidikan awal yang berkualiti," katanya ketika berucap pada sambutan Deepavali "Heart2Heart" di Dewan Bersekutu Perdagangan India Malaysia dan Industri (MAICCI) di Batu Caves, Ahad.

Beliau berkata, adalah penting semua kanak-kanak, tanpa mengira bangsa dan agama mereka, tidak ketinggalan dan diberi pendidikan yang berkualiti untuk memastikan mereka akan mencapai keupayaan penuh mereka.

"Cara terbaik untuk memperbaiki seseorang adalah melalui menyediakan pendidikan untuk anak-anak kita," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan