Kementerian Pelajaran Rangka Pelan Transformasi Pendidikan Pedalaman - Puad

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PITAS: Kementerian Pelajaran sedang merangka Pelan Transformasi Pendidikan Pedalaman bagi memperkasa taraf pendidikan di negara ini, selain mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pelan itu menjurus ke arah memberi kesinambungan dan mempertingkat taraf kualiti pendidikan di luar bandar, terutama kawasan pedalaman, selain memastikan beberapa perkara utama di sekolah kawasan pedalaman disediakan.

"Pelan transformasi ini sudah dipersetujui Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang juga Menteri Pelajaran. Satu kertas kerja sedang disediakan berdasarkan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa khas Kementerian Pelajaran dan dijangka diumumkan tidak lama lagi.

"Tumpuan utama pelan transformasi ini ialah bagi memastikan keseimbangan kualiti pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar tanpa mengira tahap pedalaman P1, P2 dan P3," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan sekolah dan menyampaikan anugerah kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telaga di sini.

Beliau berkata pelan itu juga merangkumi penempatan guru mengikut opsyen sebenar, dan setiap sekolah di pedalaman mesti diketuai pengetua dan guru besar cemerlang selain perancangan membina asrama desa di kawasan yang dikenal pasti serta kemudahan capaian Internet di setiap sekolah. Mohd Puad berkata kemudahan asrama merupakan antara usaha terbaik bagi mengatasi masalah pelajar ponteng di kawasan luar bandar, yang berpunca daripada kedudukan rumah jauh dari sekolah, tiada pengangkutan dan masalah cuaca.

Selain itu, katanya, pelan itu akan meliputi aspek kebajikan kepada tenaga pengajar dengan penempatan baru yang tidak lagi uzur seperti yang berlaku di beberapa tempat di negara ini, di samping memberi tumpuan mengatasi sepenuhnya masalah bekalan air dan elektrik.

Beliau berkata kira-kira 1,000 sekolah di Sabah dan Sarawak dikategori sebagai pedalaman yang berdepan pelbagai isu khususnya berkaitan kemudahan asas, dan kerajaan berusaha mengatasinya menerusi pelan jangka pendek serta panjang yang giat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Puad berkata kerajaan membelanjakan RM701 juta bagi menyediakan bekalan elektrik sempurna ke seluruh sekolah di Sabah yang menggunakan solar hibrid sejak 2008.

Beliau berkata penyediaan kemudahan asas itu melibatkan dua fasa iaitu peruntukan RM301 juta pada fasa pertama, yang memanfaatkan 78 sekolah manakala selebihnya digunakan untuk membekal elektrik ke 101 sekolah. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan