Kementerian Kesihatan Tumpu Pastikan Tabiat Makan Sihat Untuk Bayi

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Satu kempen akan dilancarkan pada tahun depan bagi memupuk tabiat makan yang sihat untuk bayi dalam mencegah obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, fokus itu bagi memastikan kanak-kanak menerima nutrien yang dan penjagaan betul terutama bagi mereka berusia 1,000 hari dalam menetapkan kesesuaian ada bagi tabiat makan masa depan mereka.

"Kami juga mahu menggalakkan ibu-ibu untuk menjaga pemakanan mereka semasa mengandung serta menyusu untuk tempoh enam bulan pertama jika boleh.

"Memastikan kanak-kanak mendapat nutrien yang betul dan makanan yang sihat adalah penting dalam mengurangkan obesiti, yang semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa," kata Liow selepas melancarkan klinik 1Malaysia di Balakong Jaya dekat sini, Sabtu.

Memberi tumpuan kepada bayi dan ibu-ibu menandakan satu anjakan daripada sasaran pendidikan tahun ini.

Kempen pada tahun depan itu masih di peringkat awal perancangan, yang akan melibatkan pemberian nasihat kepada wanita mengandung, kata Liow.

Beliau berkata, lebih banyak klinik 1Malaysia akan menawarkan perkhidmatan penjagaan ibu dan bayi tahun depan, sambil menambah bahawa mereka akan membantu menyediakan garis panduan pemakanan untuk wanita mengandung.

"Sekarang hanya lapan daripada lebih 150 klinik 1Malaysia menawarkan perkhidmatan ini. Kami sedang mencari untuk mengembangkannya.

"Semua klinik juga akan menawarkan ujian air kencing dan glukosa tahun depan," kata Liow, yang menggalakkan doktor swasta untuk berkhidmat sambilan di klinik 1Malaysia.

Beliau berkata, bilangan klinik 1Malaysia di Selangor akan meningkat 14 hinga 19, termasuk satu yang akan diwujudkan di Taman Impian Ehsan menjelang awal tahun depan bagi keperluan penduduk yang padat di daerah Cheras, terutama Balakong.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun lepas menunjukkan beberapa penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi meningkat.

Menurut statistik yang dilaporkan, kira-kira 2.5 juta orang dewasa adalah obes dan 477,000 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun adalah gemuk.

Kelaziman obesiti meningkat kepada 15.1% pada tahun lepas berbanding 14% pada 2006 dan 4.4% pada 1996.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan