Kementerian, GLC Wajar Terajui Inisiatif Penubuhan Taska - Shahrizat

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seharusnya menerajui inisiatif penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di agensi masing-masing supaya dapat memberi contoh kepada syarikat swasta lain.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil berharap Kementerian Kewangan dapat memantau penubuhan taska di GLC, manakala Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa pula menentukan kesemua kementerian menubuhkan taska masing-masing. "Penubuhan taska di kementerian dan GLC pastinya dapat memudahkan ibu dan bapa yang berkerjaya untuk menguruskan anak-anak dengan lebih efektif dan berjaya. "Ia juga akan dapat meningkatkan lagi indeks kesejahteraan keluarga di Malaysia dalam menjalani kehidupan keluarga yang sihat dan bahagia," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan langkah kerajaan untuk mengkaji prosedur pendaftaran taska bagi mempermudah dan mempercepat pendaftaran Taska baharu bagi memastikan lebih banyak Taska dibuka pada masa depan. Najib turut mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada penyedia pusat pendidikan awal kanak-kanak bagi membuka Taska baharu yang berkualiti supaya semua kanak-kanak mendapat peluang membangun dengan kanak-kanak yang lebih bernasib baik.

Sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 1,395 Taska telah pun berdaftar dengan JKM.

Menyokong pengumuman Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat berkata usaha itu dapat menentukan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak diberi perhatian dengan lebih mendalam.

Perkara itu juga, katanya sejajar pengumuman Belanjawan 2013 yang dapat membuka ruang kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan taska dan pusat asuhan kanak-kanak. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan