Cabaran Hadi Bertanding Di Pekan Hanya Gimik Politik PAS - Ahmad Said

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu bertanding di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang, hanya satu gimik politik parti itu semata-mata, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Terenggau Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad yang juga menteri Besar Terengganu berkata, kalau benar Abdul Hadi ingin bertanding di sana (Pekan), dia tidak perlu menunggu arahan parti kerana dia merupakan Presiden parti.

"Kenyataan itu merupakan gimik parti PAS saja. Tak payah layanlah. Kalau betul-betul dia nak bertanding, dia tak perlu tunggu arahan. Dia boleh kata dia nak bertanding di Pekan.

"Tapi dia tidak akan buat (bertanding) kerana dia tahu kalau dia bertanding di sana, seolah-olah dia menempah maut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri Terengganu di sini, malam Sabtu.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar pada Sabtu bahawa Abdul Hadi akan membuat kejutan dengan bertanding di kawasan Parlimen Pekan, Pahang pada PRU-13 akan datang.

Hadi kini adalah Anggota Parlimen Marang dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan