67, 202 Calon Duduki STPM Mulai Isnin - Berita Semasa | mStar

67, 202 Calon Duduki STPM Mulai Isnin

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 67,202 orang calon akan menduduki peperiksaan Penggal 1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013, iaitu peperiksaan berdasarkan sistem pentaksiran baru STPM di 771 buah pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 5 hingga 8 November 2012.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), daripada jumlah itu, 66,465 orang adalah calon sekolah kerajaan, 658 calon sekolah swasta, 69 calon persendirian individu dan 10 calon sekolah kerajaan negeri.

"Mereka ini merupakan calon kohort pertama yang menduduki peperiksaan STPM berdasarkan sistem pentaksiran baru STPM yang mengikuti pengajian tingkatan enam bawah mulai Mei 2012," kata MPM dalam satu kenyataan.

Kesemua calon dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

Calon juga boleh mencetak LPKC masing-masing melalui portal MPM di http://www.mpm.du.my.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti banjir semasa peperiksaan berlangsung, MPM membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666 dari jam 7 pagi hingga 6 petang.

Talian lain yang boleh dihubungi ialah 03-61369663 (am), 03-61302664/03-61302646. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan