Pesara Mampu Bantu Kerajaan Beri Penerangan Menjelang PRU13 - Ali Rustam

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pesara mampu memain peranan penting dalam memberi penerangan tepat kepada masyarakat bagi segala usaha kerajaan dalam mengekal kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, ini kerana pesara merupakan bekas kakitangan kerajaan yang berpengalaman, berdedikasi dan pastinya sayangkan negara.

Mohd Ali berkata sebagai seseorang yang berpandangan jauh dan telah banyak berjasa kepada kemajuan negara, golongan pesara pasti tidak rela melihat negara yang mereka cintai jatuh di tangan golongan yang tidak berpengalaman untuk menerajui negara.

"Banyak sekali jasa yang telah ditaburkan oleh para pesara masa lalu hingga segala faedah hidup daripada khidmat cemerlang mereka itu mampu dikecapi oleh rakyat termasuk generasi muda masa kini," katanya.

Beliau berucap pada majlis Penutupan Kursus Pemantapan Kepimpinan Masyarakat, Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Terengganu di sini.

Seramai 240 ahli PPKM Terengganu menyertai kursus tiga hari itu yang berakhir hari ini.

Kursus yang dikendalikan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), entiti terus di bawah Menteri Besar Terengganu, itu julung kali diadakan untuk ahli persatuan berkenaan.

Ali meminta para pesara tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang mahu menimbulkan perpecahan dan ketidakpuasan hati rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan