Majikan Tidak Boleh Amal Diskriminasi Kaum Dalam Pengambilan Pekerja - Subramaniam

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan di negara ini diingatkan supaya tidak mengamalkan diskriminasi kaum dalam proses pengambilan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata majikan perlu bersikap terbuka dengan tidak meletakkan syarat-syarat tertentu yang menghalang mana-mana kaum daripada menyertai organisasi mereka.

"Sekiranya ada bukti diskriminasi belaku, kementerian boleh mengambil tindakan terhadap majikan berkenaan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Batu Caves di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini, Jumaat.

Dr Subramaniam mengulas laporan sebuah portal berita mengenai satu kajian berhubung kecenderungan majikan Malaysia memihak kepada pemohon kerja daripada kaum tertentu berbanding kaum lain.

Tambah beliau, kementerian akan meneliti asas kajian itu sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut sekiranya perlu.

Pada majlis itu, Dr Subramaniam menyumbangkan buku kepada perpustakaan berkenaan yang kini mempunyai hampir 6,000 judul buku dalam bidang literasi bahasa Tamil dan keagamaan.

Beliau mencadangkan kuil-kuil lain di seluruh negara mencontohi kuil di Batu Caves dalam menyediakan perpustakaan untuk meningkatkan pengetahuan pengunjung terutama generasi muda. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan